Silver Awards Malaysia Technology Expo 2014

20140302-120832.jpg

20140302-120850.jpg

20140302-120905.jpg

Advertisements

Kembara Ilmu PhD

Insyaallah, setahun lagi aku akan menamatkan PhD aku ini. Dah lama aku tak menulis di blog ini. Dah bersawang rasanya blog ini dengan labah-labah…heee

Rupanya sambung PhD ini sangat banyak dugaannya. Bukan setakat dugaan di dalam research sahaja, banyak lagi dugaan-dugaan lain.

Kat sini aku nak highlightkan sedikit sebanyak yang anda perlu hadapi jikalau berminat untuk menyambung pengajian di peringkat PhD.

1. Kewangan.

Sumber kewangan semasa menyambung pengajian peringkat PhD sangat terhad. Aku hanya mendapat bantuan dari elaun sara hidup MyBrain 15. Alhamdulillah… Cuma kebanyakkan orang bila menyambung PhD, kebanyakkannya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Seperti aku, berkahwin semasa menyambung PhD.

Jadi, memang kena betul-betul berjimat dan mencari sumber pendapatan tambahan. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki. Cuma kadang-kadang memang duit short sikit, tapi rezeki Allah memang tak pernah putus. Tiap-tiap hari aku dan isteri masih dapat makan 🙂

Cuma nasihat aku, sebelum ambil keputusan menyambung Phd, pastikan anda mempunyai duit simpanan yang mencukupi selama 3 bulan jika berlaku apa-apa kecemasan. Sekarang aku banyak korek duit simpanan semasa aku bekerja 2 tahun jikalau tak cukup. Insyaallah, aku akan simpan macam masa aku kerja balik bila dah tamat pengajian nanti.

2. Supervisor

Bila menyambung PhD, anda akan “berkahwin” dengan supervisor anda. Jadi, sebelum terima tawaran pengajian, kenal dahulu siapa supervisor anda. Jikalau supervisor anda tidak dapat membantu anda memudahkan PhD anda, adalah elok untuk anda tukar supervisor lain.

Alhamdulillah, aku dikurniakan supervisor yang baik dan membantu. Cuma tiap-tiap supervisor tidak sempurna. Ada kelebihan dan kekurangan… Jadi, cuba cari kelebihan supervisor anda dan gunakannya. Kelemahan supervisor anda jangan ambil port sangat. Cuba fikir bagaimana mahu setelkan masalah anda.

3. Siapa rakan anda

Jauhi rakan-rakan yang negatif. Jangan rapat sangat. Ini tips yang sangat penting. Cari rakan yang boleh membantu anda sewaktu susah sama seperti anda kena bantu mereka juga semasa mereka susah.

Tu je kot… ada banyak lagi sebenarnya tapi aku highlightkan yang penting jer….Yang lain-lain macam pengurusan masa, pengurusan pejabat yang lembab, banyak tugasan tak penting, jurnal kena reject banyak kali, takde idea…

Yang penting, kena banyak minta doa dekat Allah……

Pindah Rumah…

Baru lepas hantar manuscript journal aku untuk publication. Harap kali ini tidak kena reject. Semoga Allah murahkan rezeki aku dan umat Islam yang lain.. Insyaallah.

Esok, dah kena berkemas untuk pindah rumah. Kali ini dah rasa macam ada rumah sendiri. Senangla sikit kalau si isteri nak datang jumpa. Weekend husband katakan. Hehe

Target aku sekarang – banyakkan membaca tentang ilmu kewangan dan habiskan PhD yang berbaki lagi setahun.

Aizzat
31 Oct 2013

Impact factor journal publish:”A Path Tracking Algorithm Using Future Prediction Control with Spike Detection for an Autonomous Vehicle Robot”

Alhamdulillah, my journal article with impact factor is already published online on International Journal of Advanced Robotics System

My journal name can be found online:

The International Journal of Advanced Robotic Systems team is pleased to
inform you that your paper “A Path Tracking Algorithm Using Future
Prediction Control with Spike Detection for an Autonomous Vehicle Robot”
has been published online (Int. j. adv. robot. syst., ISSN:1729-8806).
Your latest work is published in Open Access, making it easily and
freely accessible to the world-wide scientific community, academia and
all public. Your work will be indexed in ISI Thompson Reuters, EI
Compendex and other relevant databases and repositories. We want to
thank you for your collaboration on this project, and we are looking
forward to working with you again.

My paper can be found by clicking the link below:
http://www.intechopen.com/journals/show/international_journal_of_advanced_robotic_systems/articles

DOI: 10.5772/56658

Regards,
Aizzat
2 Sept 2013
11:57PM

“one step towards success”

Azam tahun baru aku

Selamat tahun baru..

Azam aku tahun ni:

1. Nak pastikan satu journal paper dengan impact factor publish
2. 2 conference paper dengan scopus index publish
3. Nak sembahyang jemaah awal waktu.
4. Kurangkan main game counter strike.
5. Tidur awal dan bangun ke lab awal.
6. Bila buat kerja jangan online
7. Banyak membaca Al-Quran dari tahun sebelum ni.

Tu je kot, kalau ada nanti aku tambah.

Aizzat
2013

Penggunaan Google Alert

Anda sedang membuat research?

Letih untuk google keyword yang sama setiap hari untuk mencari bahan research anda?

Kini anda boleh menggunakan Google Alert untuk melakukan tugas tersebut.

Hanya masukkan keyword anda di dalam Google Alert tersebut, dan masukan email anda. Google akan menghantar artikel yang relevan dengan topik anda setiap hari ataupun mengikut tempoh yang anda set kan. Jadi anda boleh melihat artikel tersebut tanpa anda perlu Google artikel-artikel tersebut.

Menjimatkan masa dan meningkatkan produktiviti.

 

Aizzat

2 December 2012

Encoder Testing – Speed Calculation Algorithm

Bahagian hardware baru siap modify encoder untuk kedua-dua belah tayar autonomous car aku. Jadi, sekarang aku tengah mengumpul data untuk mengira kelajuan tayar kereta tersebut. Berikut adalah algorithm yang aku develop untuk mengira kelajuan tayar kereta menggunakan encoder yang aku dipasang di kereta.

Algorithmnya agak simple, menggunakan interrupt di dalam microcontroller kemudiannya mengambil sampling time bagi setiap beberapa saat. Jadi, aku akan dapat kelajuan di dalam unit pulse/second. Untuk mendapatkan speed di dalam meter/sec, darabkan dengan 2*pi*R /N di mana PI adalah nilai Pi bulatan, R adalah jejari tayar kereta tersebut dan N adalah jumlah pulse encode bagi 360 darjah encoder tersebut. Jadi anda akan dapat menukarkanya kepada meter/second. Untuk menukarkannya kepada km/hour, darapkan meter/sec dengan 3.6.


double SpeedCalculation1(int &pulse){

unsigned long dt;

dt = millis() – timer2;

//use three second is fine. but still lagging. 3000L. Now tested it with one second

if(dt > 1000L)

{

//speedpulse = pulse;

Serial.print(“Calculate “);

//delay(10);

//dt = millis() – timer2;

currentspeed = pulse/(dt/1000); //pulse in pulse/sec

//currentspeed = (speedpulse/(dt/1000))*(2*PI*R)/N;

pulse = 0;

timer2 = millis();

}

//currentspeed = currentspeed;

return currentspeed;

}

Pemasangan Encoder:


Output dari experiment

Encoder pulse testing
Pulse/sec

speedata-topspeed0

90 pulse/sec

Constant speed encoder

    

IEEE Journal Publication Time

Dear Muhammad,

This depends on the amount of time it takes to review your manuscript. We try to return first decisions within 90 days of submission. If the manuscript needs revisions it may go out for another round of review depending on the level of modifications needed, although the time for second review is typically shorter than the first. If your manuscript is accepted, it will is published on IEEE Xplore within two weeks of the acceptance date.

————————————
—————————————
—————————————

On Wed, Nov 7, 2012 at 11:32 PM, Muhammad Aizzat wrote:
Dear Xx,

I read the description at the link below regarding IEEE Sensors Journal:
http://www.ieee-sensors.org/information-for-authors

I would like to know how long does it take for a journal at IEEE to be published online? Thank you in advance.

20121113-115423.jpg

My Research: Hardware part bermula.

Hari ini sudah dapat research assistant yang baru. Agak cekap budak yang diupah ni. Dapat siapkan CAD design yang kompleks dalam masa 3 jam sahaja.

Dalam masa satu hari research assistant ni dah berjaya buka steering autonomous vehicle untuk projek aku untuk diubah suai. Memang aku rasa kalau macam ni efficiency dia, sekejap saja dia boleh siapkan bahagian hardware projek aku ini.

20121113-025234.jpg

20121113-025248.jpg

20121113-025302.jpg

20121113-025313.jpg

Gambar-gambar dekat atas ni gambar baru diambil petang tadi. Semua steering linkage sudah dibuka untuk dilakukan modifikasi.

Pada masa yang sama, optoresistor circuit design sudah pun siap. Litar ini digunakan untuk menukarkan bacaan 12V dari encoder ke 5V yang akan digunakan untuk memproses data daripada sensor tersebut. Lihat gambar bawah ni:

20121113-025623.jpg

20121113-025656.jpg

Gambar kereta kecik kat atas ni pula
adalah gambar prototype autonomous vehicle yang aku gunakan untuk mengumpul data.

Aizzat
13 Nov 2012

Kembara Awal November

Hari ini dah berjaya siapkan Research Poster, tunggu boss approve boleh start hantar ke kedai. Kalau dah siap boleh la juga aku post dekat blog ini.

Pasal noise filtering, aku dah jumpa satu teknik baru untuk dapatkan data yang lagi smooth dari teknik asal yang aku ambil dari journal. Sekarang dalam proses penulisan. Aku harap dapat siapkan secepat mungkin.

Autonomous vehicle aku belum siap sepenuhnya lagi bahagian hardware. Research assistant yang dibayar sibuk dengan hal lain pula. Aku agak tak senang dengan hal ni bukan apa takut schedule lari. Kalau boleh aku nak part hardware cepat siap sebab aku nak test algorithm aku secepat mungkin. Kalau dalam bulan Disember masih belum siap nampaknya aku kena cari plan lain pula. Mungkin aku terpaksa dapatkan khidmat syarikat member aku yang aku tak jadi bagi tender sebab syarikat satu lagi menang bid. Semoga Allah permudahkan urusan aku.

20121104-050327.jpg

Malam ni aku baru lepas jamming dengan sepupu aku dan member dia. Tak berapa nak jamming sangat sebab drummer kami tak datang. Jadi, sesi jamming tadi lebih kepada training drummer baru kitorang supaya dia dapat feel main dengan kitorang semua. Studio tu dekat Ampang, namanya Shah Studio. Aku tak berapa berkenan dengan owner studio tu. Tak berapa nak friendly. Lepas ni tak pergi dah situ. Studio jamming terbaik pernah aku pergi dekat depan Amoang Point. Memang studio yang bagus dari segi sound system dan layanan owner studio tu.

Esok nak pergi lab sambung buat kerja. Harap esok hari yang produktif aku. Amin…

Aizzat
4 November 2012
5 AM