Kembara Awal November

Hari ini dah berjaya siapkan Research Poster, tunggu boss approve boleh start hantar ke kedai. Kalau dah siap boleh la juga aku post dekat blog ini.

Pasal noise filtering, aku dah jumpa satu teknik baru untuk dapatkan data yang lagi smooth dari teknik asal yang aku ambil dari journal. Sekarang dalam proses penulisan. Aku harap dapat siapkan secepat mungkin.

Autonomous vehicle aku belum siap sepenuhnya lagi bahagian hardware. Research assistant yang dibayar sibuk dengan hal lain pula. Aku agak tak senang dengan hal ni bukan apa takut schedule lari. Kalau boleh aku nak part hardware cepat siap sebab aku nak test algorithm aku secepat mungkin. Kalau dalam bulan Disember masih belum siap nampaknya aku kena cari plan lain pula. Mungkin aku terpaksa dapatkan khidmat syarikat member aku yang aku tak jadi bagi tender sebab syarikat satu lagi menang bid. Semoga Allah permudahkan urusan aku.

20121104-050327.jpg

Malam ni aku baru lepas jamming dengan sepupu aku dan member dia. Tak berapa nak jamming sangat sebab drummer kami tak datang. Jadi, sesi jamming tadi lebih kepada training drummer baru kitorang supaya dia dapat feel main dengan kitorang semua. Studio tu dekat Ampang, namanya Shah Studio. Aku tak berapa berkenan dengan owner studio tu. Tak berapa nak friendly. Lepas ni tak pergi dah situ. Studio jamming terbaik pernah aku pergi dekat depan Amoang Point. Memang studio yang bagus dari segi sound system dan layanan owner studio tu.

Esok nak pergi lab sambung buat kerja. Harap esok hari yang produktif aku. Amin…

Aizzat
4 November 2012
5 AM