Kembara Ilmu PhD

Insyaallah, setahun lagi aku akan menamatkan PhD aku ini. Dah lama aku tak menulis di blog ini. Dah bersawang rasanya blog ini dengan labah-labah…heee

Rupanya sambung PhD ini sangat banyak dugaannya. Bukan setakat dugaan di dalam research sahaja, banyak lagi dugaan-dugaan lain.

Kat sini aku nak highlightkan sedikit sebanyak yang anda perlu hadapi jikalau berminat untuk menyambung pengajian di peringkat PhD.

1. Kewangan.

Sumber kewangan semasa menyambung pengajian peringkat PhD sangat terhad. Aku hanya mendapat bantuan dari elaun sara hidup MyBrain 15. Alhamdulillah… Cuma kebanyakkan orang bila menyambung PhD, kebanyakkannya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Seperti aku, berkahwin semasa menyambung PhD.

Jadi, memang kena betul-betul berjimat dan mencari sumber pendapatan tambahan. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki. Cuma kadang-kadang memang duit short sikit, tapi rezeki Allah memang tak pernah putus. Tiap-tiap hari aku dan isteri masih dapat makan 🙂

Cuma nasihat aku, sebelum ambil keputusan menyambung Phd, pastikan anda mempunyai duit simpanan yang mencukupi selama 3 bulan jika berlaku apa-apa kecemasan. Sekarang aku banyak korek duit simpanan semasa aku bekerja 2 tahun jikalau tak cukup. Insyaallah, aku akan simpan macam masa aku kerja balik bila dah tamat pengajian nanti.

2. Supervisor

Bila menyambung PhD, anda akan “berkahwin” dengan supervisor anda. Jadi, sebelum terima tawaran pengajian, kenal dahulu siapa supervisor anda. Jikalau supervisor anda tidak dapat membantu anda memudahkan PhD anda, adalah elok untuk anda tukar supervisor lain.

Alhamdulillah, aku dikurniakan supervisor yang baik dan membantu. Cuma tiap-tiap supervisor tidak sempurna. Ada kelebihan dan kekurangan… Jadi, cuba cari kelebihan supervisor anda dan gunakannya. Kelemahan supervisor anda jangan ambil port sangat. Cuba fikir bagaimana mahu setelkan masalah anda.

3. Siapa rakan anda

Jauhi rakan-rakan yang negatif. Jangan rapat sangat. Ini tips yang sangat penting. Cari rakan yang boleh membantu anda sewaktu susah sama seperti anda kena bantu mereka juga semasa mereka susah.

Tu je kot… ada banyak lagi sebenarnya tapi aku highlightkan yang penting jer….Yang lain-lain macam pengurusan masa, pengurusan pejabat yang lembab, banyak tugasan tak penting, jurnal kena reject banyak kali, takde idea…

Yang penting, kena banyak minta doa dekat Allah……

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s